Sunday, August 29, 2010

Entri Pertama-Pengenalan kepada dadah


Masa remaja merupakan suatu peringkat perkembangan diri antara masa anak-anak dan masa dewasa. Pembesaran daripada belia kepada dewasa inilah merupakan sebuah masa yang amat penting di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan dadah haram akan bermula. Dadah-dadah mungkin mempunyai tarikan yang kuat kepada anak-anak muda yang sedang berada di peringkat awal berdikari mereka serta pada masa yang sama mereka mencari identity mereka sendiri. Kerana itulah bila masa anak-anak dan remaja rosak kerana dadah, maka suram atau bahkan hancurlah masa depannya.
Pada masa remaja ini, justru keinginan untuk mencuba-cuba, mengikut gaya hidup, serta bersenang-senang besar sekali. Mereka tidak membayangkan tindakan yang dilakukan kini akan memberikan kesan pada masa depan. Hal ini disebabkan salah satunya karena para remaja cendrung beranggapan mereka mempunyai kekuatan untuk mengatasinya dan bebas daripada masalah. Pada akhirnya, setengah remaja yang mencuba dadah akan berhenti, sesetengahnya pula akan menggunakan dadah sekali sekala, namun yang lainnya bergantung kepada dadah dan seterusnya beralih kepada dadah yang lebih merbahaya dan mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Data menunjukkan bahawa jumlah pengguna dadah yang paling banyak adalah memang pada kelompok usia remaja. Penggunaan alkohol dan tembakau pada usia muda menambahkan lagi risiko penggunaan dadah pada masa depan. Masalah menjadi lebih gawat lagi bila karena penggunaan narkoba, para remaja tertular dan menularkan HIV / AIDS di kalangan remaja. Hal ini telah terbukti daripada pemakaian narkoba melalui jarum suntik secara bergantian. Bangsa ini akan kehilangan remaja yang sangat banyak akibat penyalahgunaan dadah dan merebaknya HIV / AIDS. Kehilangan remaja sama dengan kehilangan sumber daya manusia bagi bangsa. (Rahma Mutiara Jeyhan / 203433)

Entri kedua,ketiga dan keempat-Punca atau Sebab













Punca Pertama - Kekurangan Didikan Daripada Ibu Bapa
 Kesibukan Ibu Bapa
-Ibu bapa hanya focus dalam pekerjaan sehingga mengabaikan anak-anak mereka
-Ibu bapa hanya memenuhi permintaan anaknya secara kebendaan
-Tidak meluangkan masa untuk memahami pergerakan anaknya
-Anak bergaul dengan rakan yang negative sehingga terpengaruh dengan dadah
-Ibu bapa semata-mata bergantung kepada pihak sekolah
-Ibu bapa terlalu bergantung kepada pihak sekolah
-Ibu bapa hanya mengharapkan pihak sekolah mendidikan anak mereka 
-Pihak sekolah tidak dapat mengawal anak mereka dengan sepenuhnya
-Hanya ibu bapa yang berkuasa untk mengawal anak mereka dengan sepenuhnya . (Pang Siew Li / 206348)

Punca kedua - Pengaruh rakan sebaya
 Mengutamakan pandangan rakan sebaya
-Untuk disanjungi oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap  rokok dan dadah.
-Sekali mereka bermula, maka amat sukar mereka memberhentikan amalan buruk ini.
Mencari keseronokan 
-Semasa melepak dengan rakan sebaya, pelbagai fikiran telah dikeluarkan dan ingin mencari sesuatu yang  dapat menyerokkan
-Berasa rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih ke ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberikan keseronokan, mereka akan beralih ke heroin dan morfin.(Chung Pei San / 206466)

Punca ketiga- Sikap ingin mencuba
Dengan merasa tertarik melihat kesan yang ditimbulkan oleh suatu dadah yang dilarang , seseorang akan berasa ingin cuba untuk menikmati dadah tersebut. Jika iman seseorang tidak kuat dan dikalahkan oleh nafsu tersebut , maka seseorang akan mencuba menghisap dadah . Semua manusia mempunyai niat untuk mencuba sesuatu barang yang baru demi mencapai keseronokan . Oleh itu , merekan akan mencuba menagih dadah melalui pengaruh rakan sebaya . Tanpa disedari kandungan dalam dadah tersebut akan membuat penagih dadah naik ketagihan untuk berulang mencuba . Dadah tertentu dapat membuat penagih tersebut menjadi lebih berani , percaya diri , kreatif , santai , dan sebagainya .(Nilla Nusa / 203408)
 
 

Entri kelima.keenam dan ketujuh-Kesan atau Impak








Kesan dadah terhadap insan
Menjejaskan kesihatan
-Badan penagih semakin kurus disebabkan kehilangan selera untuk makan.
-Badan menjadi lemah tenaga, malas dan sentiasa berada dalam khayalan, mudah pitam dan bersikap agresif.
-Imuniti badan akan menjadi lemah sehingga menjangkiti pelbagai penyakit yang akan membawa maut.
-Pengambilan dadah yang berlebihan akan membawa maut.
-Wanita yang menghamil akan menjejaskan kesihatan bayi sehingga berlaku keguguran bayi.
Menjejaskan akhlak mulia seseorang
-Seorang penagih besar kemungkinan akan melakukan kes jenayah, ini akan meruntuhkan akhlak seseorang.
-Penangih akan dihantar ke pusat serenti, ini menjejaskan reputasi dan masa depan seseorang itu, ini akan mengakibatkan kesukaran untuk menperoleh pekerjaan pada masa depan.(Nuraima Mohd Noor / 195931)
Kesan dadah terhadap keluarga
Keluarga akan dipandang serong oleh masyarakat
-Reputasi dan nama baik keluarga tercemar.
-Ahli keluarga berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat, akan dicema dan dihina oleh masyarakat setempat.
-Ibu bapa akan dianggap tidak dapat mendidik anak mereka dengan betul.
Institusi kekeluargaan akan berpecah belah
-Mereka yang terlibat dengan najis dadah akan dibuang keluarga.
-Ahli keluarga akan menganggap mereka sebagai beban dalam keluarga.
-Anak-anak seorang penagih dadah akan kehilangan kasih sayang.(Muzalifah Binti Paijan / 197809)
Kesan dadah terhadap masyarakat dan negara
Masyarakat akan menghadapi masalah dalam kehidupan sosial
-Perkara ini demikian kerana masyarakat akan berasa tidak tenteram dalam menjalankan aktiviti seharian kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak, memeras ugut dan sebagainya yang dilakukan oleh penagih-penagih tersebut.
-Kejadian ini akan mengganggu ketenteraman dan keamanan masyarakat.
-Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat akan terjejas akibat daripada penglibatan anak muda tersebut dengan dadah
-Hal ini demikian kerana masyarakat akan berasa takut untuk bergaul dengan penagih-penagih dadah.
-Ini menyebabkan hubungan antara penagih dan masyarakat akan terjejas dan masyarakat tidak dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.
Masalah dadah kepada negara
-Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah ini.
-Penyediaan kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
-Hal ini demikian kerana negara terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membina pusat pemulihan dan menyediakan rawatan.
-Negara perlu memperuntukkan belanjawan yang besar dalam membendung masalah dadah tersebut.
-Negara terpaksa menanggung kos dalam menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, hospital dan sebagainya.(Che wan Nurul Atiqa Bt Che Wan Deraman / 200132)

Thursday, August 12, 2010

Entri kelapan,kesembilan dan kesepuluh-Langkah atau Cara

Langkah-langkah Mengatasi
Peranan ibu bapa


. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini



. Ibu bapa harus mendidik cahaya mata mereka sejak kecil lagi kenara melentur buluh biarlah dari rebungnya.



. Ibu bapa juga harus memberi informasi tentang keburukan dan kesan penyalahgunaan dadah supaya anak mereka tidak berani untuk melibatkan diri dalam masalah tersebut.



. Sebagai contoh apabila mereka dewasa kelak,sudah tentu mereka bijak untuk membuat perbezaan antara apa yang betul atau salah.



. Oleh itu, peranan ibu bapa dapat membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak mereka.

(CHO SIANG HERNG / 206202)

Peranan Kerajaan


. Pihak berkuasa harus menguatkuasakan undang-undang dengan tegas.Hukuman-hukuman yang berat
seperti hukuman gantung sampai mati haruslah dikenakan terhadap para pembekal dan pengedar dadah yang menyebabkan gejala ini menjadi semakin serius.


. Tindakan ini dapat dijadikan sebagai satu amaran dan juga peringatan kepada penagih-penagih supaya insaf diri dan berhenti menagih dadah.



. Pihak berkuasa juga harus mengawasi dan memantau kawasan-kawasan yang berkemungkinan menjadi sebagai sarang atau tempat persembuyian penagih dadah.



. Sebagai contoh, pihak berkuasa hendaklah sentiasa memantau klinik persendirian supaya tidak ada penjualan ubat-ubatan secara haram.Tindakan ini akan dapat mengehadkan gejala ini supaya tidak menjadi semakin berleluasa. 

(TAN CHING YI / 206166) 

Peranan Sekolah


. Pihak sekolah juga boleh mengatasi masalah yang merebak seperti virus epidermik dalam kalangan pelajar-pelajar.



. Pihak sekolah haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan kepada para pelajar.



. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah yang berkaitan dengan keburukan-keburukan penyalahgunaan dadah terhadap pelajar



. Melalui cara ini, pelajar-pelajar dapat menghindarkan diri mereka daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka.



. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah hendaklah memainkan peranannya dengan baik dalam mengatasi masalah yang mendatangkan kesan-kesan negatif kepada masyarakat pada masa hadapan.

(NING CHEE KIN / 206246 )

Wednesday, August 11, 2010

Koleksi Gambar dan Rakaman


Penagih berasa amat sengsara apabila ketagihannya timbul

Perubahan fizikal oleh seorang penangih dadah


Penangih dadah yang menjangkiti pandemik
Dadah mengakibatkan seorang penagih berkurus