Kesan dadah terhadap insan
Menjejaskan kesihatan
-Badan penagih semakin kurus disebabkan kehilangan selera untuk makan.
-Badan menjadi lemah tenaga, malas dan sentiasa berada dalam khayalan, mudah pitam dan bersikap agresif.
-Imuniti badan akan menjadi lemah sehingga menjangkiti pelbagai penyakit yang akan membawa maut.
-Pengambilan dadah yang berlebihan akan membawa maut.
-Wanita yang menghamil akan menjejaskan kesihatan bayi sehingga berlaku keguguran bayi.
Menjejaskan akhlak mulia seseorang
-Seorang penagih besar kemungkinan akan melakukan kes jenayah, ini akan meruntuhkan akhlak seseorang.
-Penangih akan dihantar ke pusat serenti, ini menjejaskan reputasi dan masa depan seseorang itu, ini akan mengakibatkan kesukaran untuk menperoleh pekerjaan pada masa depan.(Nuraima Mohd Noor / 195931)
Kesan dadah terhadap keluarga
Keluarga akan dipandang serong oleh masyarakat
-Reputasi dan nama baik keluarga tercemar.
-Ahli keluarga berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat, akan dicema dan dihina oleh masyarakat setempat.
-Ibu bapa akan dianggap tidak dapat mendidik anak mereka dengan betul.
Institusi kekeluargaan akan berpecah belah
-Mereka yang terlibat dengan najis dadah akan dibuang keluarga.
-Ahli keluarga akan menganggap mereka sebagai beban dalam keluarga.
-Anak-anak seorang penagih dadah akan kehilangan kasih sayang.(Muzalifah Binti Paijan / 197809)
Kesan dadah terhadap masyarakat dan negara
Masyarakat akan menghadapi masalah dalam kehidupan sosial
-Perkara ini demikian kerana masyarakat akan berasa tidak tenteram dalam menjalankan aktiviti seharian kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak, memeras ugut dan sebagainya yang dilakukan oleh penagih-penagih tersebut.
-Kejadian ini akan mengganggu ketenteraman dan keamanan masyarakat.
-Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat akan terjejas akibat daripada penglibatan anak muda tersebut dengan dadah
-Hal ini demikian kerana masyarakat akan berasa takut untuk bergaul dengan penagih-penagih dadah.
-Ini menyebabkan hubungan antara penagih dan masyarakat akan terjejas dan masyarakat tidak dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.
Masalah dadah kepada negara
-Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah ini.
-Penyediaan kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
-Hal ini demikian kerana negara terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membina pusat pemulihan dan menyediakan rawatan.
-Negara perlu memperuntukkan belanjawan yang besar dalam membendung masalah dadah tersebut.
-Negara terpaksa menanggung kos dalam menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, hospital dan sebagainya.(Che wan Nurul Atiqa Bt Che Wan Deraman / 200132)
No comments:
Post a Comment