Thursday, August 12, 2010

Entri kelapan,kesembilan dan kesepuluh-Langkah atau Cara

Langkah-langkah Mengatasi
Peranan ibu bapa


. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini



. Ibu bapa harus mendidik cahaya mata mereka sejak kecil lagi kenara melentur buluh biarlah dari rebungnya.



. Ibu bapa juga harus memberi informasi tentang keburukan dan kesan penyalahgunaan dadah supaya anak mereka tidak berani untuk melibatkan diri dalam masalah tersebut.



. Sebagai contoh apabila mereka dewasa kelak,sudah tentu mereka bijak untuk membuat perbezaan antara apa yang betul atau salah.



. Oleh itu, peranan ibu bapa dapat membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak mereka.

(CHO SIANG HERNG / 206202)

Peranan Kerajaan


. Pihak berkuasa harus menguatkuasakan undang-undang dengan tegas.Hukuman-hukuman yang berat
seperti hukuman gantung sampai mati haruslah dikenakan terhadap para pembekal dan pengedar dadah yang menyebabkan gejala ini menjadi semakin serius.


. Tindakan ini dapat dijadikan sebagai satu amaran dan juga peringatan kepada penagih-penagih supaya insaf diri dan berhenti menagih dadah.



. Pihak berkuasa juga harus mengawasi dan memantau kawasan-kawasan yang berkemungkinan menjadi sebagai sarang atau tempat persembuyian penagih dadah.



. Sebagai contoh, pihak berkuasa hendaklah sentiasa memantau klinik persendirian supaya tidak ada penjualan ubat-ubatan secara haram.Tindakan ini akan dapat mengehadkan gejala ini supaya tidak menjadi semakin berleluasa. 

(TAN CHING YI / 206166) 

Peranan Sekolah


. Pihak sekolah juga boleh mengatasi masalah yang merebak seperti virus epidermik dalam kalangan pelajar-pelajar.



. Pihak sekolah haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan kepada para pelajar.



. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah yang berkaitan dengan keburukan-keburukan penyalahgunaan dadah terhadap pelajar



. Melalui cara ini, pelajar-pelajar dapat menghindarkan diri mereka daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka.



. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah hendaklah memainkan peranannya dengan baik dalam mengatasi masalah yang mendatangkan kesan-kesan negatif kepada masyarakat pada masa hadapan.

(NING CHEE KIN / 206246 )

3 comments: